Sunday 6 October 2013

Trip Ke GM Klang & ICT Shah Alam

Assalamualaikum semua.....

Pada 27 JUN 2013 lalu, KRT Taman Kota Mas membuat trip ke GM Klang dan ICT Shah Alam. Alhamdulillah sambutan amat menggalakan. Seramai lebih kurang 80 perserta terdiri daripada orang dewasa dan kanak-kanak mengikuti trip ini.  Seronoknya sekali-sekala meluangkan masa sehari suntuk bersama-sama keluarga dan jiran tetangga beriadah bersama. Semoga aktiviti seperti ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang dan berharap AJK dan peserta berpuas hati dengan trip ini.

Di sini dilampirkan beberapa keping gambar sebagai tatapan semua.






























Thursday 19 January 2012

Majlis Mesra dan Makan Malam Bersama Pegawai JPNIN dan AJK KRT/SRS

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.....

Pada hari Sabtu 14 Januari 2012, KRT Taman Kota Mas telah menganjurkan Majlis Makan Malam Bersama Pegawai JPNIN. Ia diadakan bagi meraikan ahli-ahli KRT dan SRS yang telah menjalankan tanggungjawab sosial dengan jayanya. Di majlis itu juga, AJK KRT bagi tahun 2010/2011 dianugerahkan  Sijil Penghargaan bagi menghargai jasa-jasa mereka yang disampaikan sendiri oleh Pegawai JPNIN Daerah Kota Tinggi iaitu En. Rahmat.

Disini ada beberapa keping foto semasa majlis tersebut sebagai tatapan kita semua.