Friday 8 July 2011

KARNIVAL SUKAN DALAM DEWAN & SUKANEKA PADA 2 & 3 JULAI 2011

Assalamualaikum & Salam Sejahtera pada semua. 

Program Karnival Sukan Dalam Dewan & Sukaneka selama 2 hari telah pun selamat dijayakan walaupun ianya telah tertangguh sebanyak 2 kali kerana masalah teknikal. Terima kasih juga diucapkan kepada Pengerusi, Biro Sukan, AJK dan semua penduduk Taman Kota Mas di atas kehadiran dan kerjasama yang telah diberikan tidak kira sebelum, semasa dan selepas acara dijalankan. Semoga program seperti ini dapat mengeratkan lagi silaturrahim di antara kita semua. 


Sila klik link dibawah untuk melihat aksi-aksi mencuit hati ketika karnival  dijalankan ;




http://www.facebook.com/media/set/?set=a.114073328686726.21965.100002521787812&type=1

Friday 1 July 2011

MAJLIS PENYERAHAN KAD KUASA DAN PEMBAHAGIAN KUMPULAN SRS

Majlis penyerahan Kad Kuasa dan pembahagian kumpulan SRS telah diadakan secara sederhana di Pusat KRT Taman Kota Mas pada hari Khamis 30 Jun 2011 jam 10.00 malam.

Seramai 25 orang ahli SRS telah dibahagi kepada 4 kumpulan dan akan mengawal kawasan KRT seminggu 2 kali mengikut jadual yang telah ditetapkan. Insyallah semoga dengan adanya jadual bertugas kawalan akan lebih teratur dan Kawasan Kejiranan akan lebih aman.

Terima kasih diucapkan kepada Pengerusi, AJK dan semua Ahli SRS yang terlibat.