Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.....
Pada hari Sabtu 14 Januari 2012, KRT Taman Kota Mas telah menganjurkan Majlis Makan Malam Bersama Pegawai JPNIN. Ia diadakan bagi meraikan ahli-ahli KRT dan SRS yang telah menjalankan tanggungjawab sosial dengan jayanya. Di majlis itu juga, AJK KRT bagi tahun 2010/2011 dianugerahkan Sijil Penghargaan bagi menghargai jasa-jasa mereka yang disampaikan sendiri oleh Pegawai JPNIN Daerah Kota Tinggi iaitu En. Rahmat.
Disini ada beberapa keping foto semasa majlis tersebut sebagai tatapan kita semua.