Wednesday, 28 September 2011
Monday, 26 September 2011
PROGRAM JOM RONDA PERINGKAT DAERAH
Assalamualaikum dan Salam Perpaduan.....
Saya bagi pihak Pengerusi KRT mengucapkan ribuan terima kasih kepada 10 orang wakil ahli SRS dan KRT dari Taman Kota Mas yang telah sudi meluangkan masa bersama-sama meraikan majlis tersebut.
wassalam.....
Acara penyerahan peralatan rondaan.... |
Ahli SRS dengan penuh semangat berikrar.... |
SRS wanita.... |
En. Hamid, Ustaz Rawi, En. Hassim & En. Joe sedang bersembang |
Pengerusi beramah mesra dengan ahli SRS lain. |
Pn. Ani dan Pn. Rojana... |
bersalaman dan beramah mesra dapat mengeratkan silaturrahim.... |
Wakil dari Sg. Redan |
Wakil dari Sg. Redan |
menanti ketibaan YB Dato Adham |
ape la yang mereka bincangkan tu...? |
En. Hamid & Ustaz Rawi tekun mendengar penerangan dari Pengerusi |
Ahli SRS Junior wakil dari Taman Kota Mas.... |
juadah telah terhidang menanti untuk...... |
Tuan. Hj. Malek |
Acara penyerahan peralatan SRS |
note : foto diambil ketika majlis J-Ronda untuk tatapan semua
Friday, 8 July 2011
KARNIVAL SUKAN DALAM DEWAN & SUKANEKA PADA 2 & 3 JULAI 2011
Assalamualaikum & Salam Sejahtera pada semua.
Program Karnival Sukan Dalam Dewan & Sukaneka selama 2 hari telah pun selamat dijayakan walaupun ianya telah tertangguh sebanyak 2 kali kerana masalah teknikal. Terima kasih juga diucapkan kepada Pengerusi, Biro Sukan, AJK dan semua penduduk Taman Kota Mas di atas kehadiran dan kerjasama yang telah diberikan tidak kira sebelum, semasa dan selepas acara dijalankan. Semoga program seperti ini dapat mengeratkan lagi silaturrahim di antara kita semua.
Sila klik link dibawah untuk melihat aksi-aksi mencuit hati ketika karnival dijalankan ;
http://www.facebook.com/media/set/?set=a.114073328686726.21965.100002521787812&type=1
Sila klik link dibawah untuk melihat aksi-aksi mencuit hati ketika karnival dijalankan ;
http://www.facebook.com/media/set/?set=a.114073328686726.21965.100002521787812&type=1
Friday, 1 July 2011
MAJLIS PENYERAHAN KAD KUASA DAN PEMBAHAGIAN KUMPULAN SRS
Majlis penyerahan Kad Kuasa dan pembahagian kumpulan SRS telah diadakan secara sederhana di Pusat KRT Taman Kota Mas pada hari Khamis 30 Jun 2011 jam 10.00 malam.
Seramai 25 orang ahli SRS telah dibahagi kepada 4 kumpulan dan akan mengawal kawasan KRT seminggu 2 kali mengikut jadual yang telah ditetapkan. Insyallah semoga dengan adanya jadual bertugas kawalan akan lebih teratur dan Kawasan Kejiranan akan lebih aman.
Terima kasih diucapkan kepada Pengerusi, AJK dan semua Ahli SRS yang terlibat.
Friday, 22 April 2011
GOTONG-ROYONG JAMUAN RAYA 2010
Kak Senah dan Naela tgh tunjuk skill memasak tu...
goreng kak senah...jgn sampai hangus eh
haii....kak temah dgn kak sarimah tgh tengok ape tu...?
kacau jgn tak kacau ajis...
dah masak ke belum tu...?
hai kak timah temenung ke..?
![]() |
Kak Senah dan Naela tgh tunjuk skill memasak tu...
goreng kak senah...jgn sampai hangus eh
![]() |
haii....kak temah dgn kak sarimah tgh tengok ape tu...?
kacau jgn tak kacau ajis...
dah masak ke belum tu...?
hai kak timah temenung ke..?
kak temah tgh berehat lepas siap memasak sambil terkenangkan Pak Abu..... hehehee
SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1432H DI TAMAN KOTA MAS
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Alhamdulillah Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1432H telah selamat dilaksanakan dengan jayanya pada 9 April 2011 lalu. Majlis ini diadakan di bangunan Pusat KRT Taman Kota Mas yang siap dibina pada awal tahun 2011. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Pengerusi, Penolong Pengerusi dan AJK KRT serta penduduk-penduduk Taman Kota Mas semua yang sudi melapangkan masa dan menyumbangkan tenaga bagi menjayakan majlis yang barakah ini.
Sekian dahulu buat kali ini.
Wassalam....
Setiausaha KRT
Tmn Kota Mas KT
Note : Gambar akan dimuatnaik tidak lama lagi. TQ
Thursday, 21 April 2011
SRS - SKIM RONDAAN SUKARELA
Skim Rondaan Sukarela (SRS) adalah suatu rancangan / skim yang dikendalikan oleh pemastautin sukarela yang mendiami Kawasan-Kawasan Rukun Tetangga demi menjaga keselamatan kawasan kejiranan mereka melalui aktiviti kawalan dan rondaan.
Objektif utama pelaksanaan Skim Rondaan Sukarela (SRS) adalah untuk membantu mencegah jenayah dan menangani gejala sosial yang berlaku di kawasan kejiranan. Selain itu dengan adanya Skim Rondaan Sukarela (SRS) ini dapat membantu menguatkuasakan undang-undang. Anggota SRS diberi kuasa untuk menangkap penjenayah dan kemudian diserahkan kepada pihak berkuasa. Dengan adanya SRS ini juga dapat memberi perlindungan kepada nyawa dan harta benda di kawasan kejiranan mereka. Disamping itu ia juga dapat mempertingkatkan semangat kejiranan di kalangan penduduk setempat dan memulihkan keadaan setempat agar menjadi aman dan sejahtera.
Semua ini dilakukan dengan sukarela demi menjaga keamanan dan keselamatan kawasan kejiranan.
MAKNA DISEBALIK LOGO KRT
Bulatan Besar
Bulatan besar pada logo ini menggambarkan rakyat negara ini sentiasa bermuafakat dan hidup bersatu padu.
Warna
Warna-warna yang digunakan pada logo ini adalah seperti mana yang terdapat pada Jalur Gemilang iaitu:
Biru - Bermuafakat dan bersatu padu
Merah - Keberanian dan keluhuran
Kuning - Kejayaan dan keharmonian
Putih - Kesucian dan bertangungjawab
5 Bulatan Kecil Warna Merah
Lima bulatan berwarna merah di bahagian atas Logo ini membawa pengertian lima prinsip Rukun Negara dan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Mesej yang dibawa menerusi simbol ini ialah seluruh rakyat mendukung dengan semangat kental serta luhur falsafah dan aspirasi Rukun Negara dengan mengamalkan dan menghayatinya.
2 Bentuk Titisan Air Terbalik
Di bawah bulatan pada Logo ini terdapat 2 bentuk titisan air terbalik digambarkan seperti orang membawa maksud bahawa rakyat negara ini sentiasa bersungguh-sungguh berganding bahu bagi membentuk satu Bangsa Malaysia yang bersatu padu.
Garisan Berwarna Merah
Garisan Berwarna Merah
Dua garisan berwarna merah yang terdapat di kiri dan kanan Logo ini membawa pengertian bahawa seluruh rakyat Malaysia sedia menghadapi apa jua ancaman dan serangan dalam usaha membentuk perpaduan dan keharmonian sejagat yang akhirnya membentuk satu Bangsa Malaysia yang bersatu padu.
Segi Tiga Berwarna Kuning
Segi Tiga Berwarna Kuning
Segi tiga berwarna kuning yang terdapat di bawah Logo ini membawa pengertian bahawa Rukun Negara merupakan panduan seluruh rakyat Malaysia dalam usaha membangunkan Malaysia dengan mengambil kira nilai-nilai murni yang diamalkan bersama.
Garisan merah di atas garisan putih
Garisan merah di atas garisan putih
Barisan warga Rukun Tetangga (RT) yang gagah berani mempertahankan keamanan Negara daripada segala bentuk ancaman dengan rasa keikhlasan dan ketelusan yang tiada tolok bandingnya.
Keseluruhan Garisan Berwarna Biru
Keseluruhan Garisan Berwarna Biru
Keseluruhan garisan berwarna biru memberi maksud bahawa rakyat Malaysia menggunakan pelbagai cara yang difikirkan sesuai mengikut nilai-nilai murni yang amalkan bersama bagi tujuan membentuk satu Bangsa Malaysia yang bersatu padu bagi menjamin pembangunan negara.
Wednesday, 20 April 2011
SENARAI NAMA AHLI JAWATANKUASA KRT TAMAN KOTA MAS, KOTA TINGGI JOHOR SESI 2010 - 2011
- EN. MOHD KASSIM BIN ARIS - PENGERUSI
- EN. JOE RAMLEE BIN MUSA - N. PENGERUSI
- EN. SURIJAN BIN RUBANI - BENDAHARI
- EN. MOHD. RIZAL BIN ABDULLAH - PEN. SETIAUSAHA
- EN. MOHD RAWI BIN OSMAN - BIRO AGAMA
- EN. MOHD AZWAN BIN IBRAHIM - BIRO KESELAMATAN
- EN. MOHD AZMAN BIN MOHD ASHARI - BIRO KEBAJIKAN & SOSIAL
- EN. HASSIM BIN WAHAB - BIRO SUKAN
- EN. MASRI BIN ISMAIL - BIRO EKONOMI
- EN. MOHD FUAD BIN YUSOFF - BIRO PENDIDIKAN
- EN. NIK RAIZUDDIN BIN NIK AB. RAHMAN - AJK
- EN. AZISYAN BIN ABD. RAHMAN - AJK
- EN. ADAM BIN ARSHAD - AJK
- EN. HAWARI BIN HASSAN BASRI - AJK
- EN. AKASAH BIN NORDIN - AJK
- EN. AB. MALEK BIN BULAT - AJK
- EN. JAWAHAR NEHRU A/L SOCKALINGAM - AJK
- EN. CHOONG WOE SEONG - AJK
- PN. HARYATI BINTI ABU - KETUA JIRAN WANITA
- PN. RAHIMAH BINTI HASAN - SETIAUSAHA
- PN. SITI NORANI BINTI JUFRI - AJK
- PN. ANI BINTI NYAT - AJK
- PN. ROJANA BINTI ABD. RAHMAN - AJK
- PN. MAHALAKSMI A/P RAMALOO - AJK
Assalamualaikum, Salam Perpaduan dan Salam 1 Malaysia kepada semua penduduk Taman Kota Mas, Kota Tinggi, Johor Darul Takzim
Pihak KRT Taman Kota Mas ingin mengucapkan "Selamat Datang" ke Blog ini.
Semoga dengan adanya blog rasmi ini dapat mengeratkan silaturrahim dan perpaduan antara ahli dan penduduk Taman Kota Mas.
InsyaAllah segala aktiviti dan maklumat KRT TKM akan dimuatkan dalam blog ini. Justeru itu, pandangan dan buah fikiran tuan / puan akan dijadikan sebagai panduan untuk memantapkan lagi blog ini.
Sekian, terima kasih.
"PERPADUAN TERAS KEHARMONIAN"
Pn. Rahimah Hasan
Setiausaha KRT TKM
Subscribe to:
Posts (Atom)