Thursday 21 April 2011

SRS - SKIM RONDAAN SUKARELA

Skim Rondaan Sukarela (SRS) adalah suatu rancangan / skim yang dikendalikan oleh pemastautin sukarela yang mendiami Kawasan-Kawasan Rukun Tetangga demi menjaga keselamatan kawasan kejiranan mereka melalui aktiviti kawalan dan rondaan.

Objektif utama pelaksanaan Skim Rondaan Sukarela (SRS) adalah untuk membantu mencegah jenayah dan menangani gejala sosial yang berlaku di kawasan kejiranan. Selain itu dengan adanya Skim Rondaan Sukarela (SRS) ini dapat membantu menguatkuasakan undang-undang. Anggota SRS diberi kuasa untuk menangkap penjenayah dan kemudian diserahkan kepada pihak berkuasa. Dengan adanya SRS ini juga dapat memberi perlindungan kepada nyawa dan harta benda di kawasan kejiranan mereka. Disamping itu ia juga dapat mempertingkatkan semangat kejiranan di kalangan penduduk setempat dan memulihkan keadaan setempat agar menjadi aman dan sejahtera.

Semua ini dilakukan dengan sukarela demi menjaga keamanan dan keselamatan kawasan kejiranan.

No comments:

Post a Comment