Friday 22 April 2011

GOTONG-ROYONG JAMUAN RAYA 2010






Kak Senah dan Naela tgh tunjuk skill memasak tu...











 
goreng kak senah...jgn sampai hangus eh











haii....kak temah dgn kak sarimah tgh tengok ape  tu...?





kacau jgn tak kacau ajis...










dah masak ke belum tu...?










hai kak timah temenung ke..?









kak temah tgh berehat lepas siap memasak sambil terkenangkan Pak Abu..... hehehee
















SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1432H DI TAMAN KOTA MAS

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdulillah Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1432H telah selamat dilaksanakan dengan jayanya pada 9 April 2011 lalu. Majlis ini diadakan di bangunan Pusat KRT Taman Kota Mas yang siap dibina pada awal tahun 2011. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Pengerusi,  Penolong Pengerusi dan AJK KRT serta penduduk-penduduk Taman Kota Mas  semua yang sudi melapangkan masa dan menyumbangkan tenaga bagi menjayakan majlis yang barakah ini.  

Sekian dahulu buat kali ini.
Wassalam....


Setiausaha KRT
Tmn Kota Mas KT



Note : Gambar akan dimuatnaik tidak lama lagi. TQ

Thursday 21 April 2011

SRS - SKIM RONDAAN SUKARELA

Skim Rondaan Sukarela (SRS) adalah suatu rancangan / skim yang dikendalikan oleh pemastautin sukarela yang mendiami Kawasan-Kawasan Rukun Tetangga demi menjaga keselamatan kawasan kejiranan mereka melalui aktiviti kawalan dan rondaan.

Objektif utama pelaksanaan Skim Rondaan Sukarela (SRS) adalah untuk membantu mencegah jenayah dan menangani gejala sosial yang berlaku di kawasan kejiranan. Selain itu dengan adanya Skim Rondaan Sukarela (SRS) ini dapat membantu menguatkuasakan undang-undang. Anggota SRS diberi kuasa untuk menangkap penjenayah dan kemudian diserahkan kepada pihak berkuasa. Dengan adanya SRS ini juga dapat memberi perlindungan kepada nyawa dan harta benda di kawasan kejiranan mereka. Disamping itu ia juga dapat mempertingkatkan semangat kejiranan di kalangan penduduk setempat dan memulihkan keadaan setempat agar menjadi aman dan sejahtera.

Semua ini dilakukan dengan sukarela demi menjaga keamanan dan keselamatan kawasan kejiranan.

MAKNA DISEBALIK LOGO KRT


Go to fullsize imageKeseluruhan Logo ini mengutarakan fungsi dan matlamat Rukun Tetangga (RT) ke arah pembentukan Bangsa Malaysia berlandaskan Rukun Negara.


Bulatan Besar
Bulatan besar pada logo ini menggambarkan rakyat negara ini sentiasa bermuafakat dan hidup bersatu padu.




Warna
Warna-warna yang digunakan pada logo ini adalah seperti mana yang terdapat pada Jalur Gemilang iaitu:
Biru - Bermuafakat dan bersatu padu
Merah - Keberanian dan keluhuran
Kuning - Kejayaan dan keharmonian
Putih - Kesucian dan bertangungjawab

5 Bulatan Kecil Warna Merah
Lima bulatan berwarna merah di bahagian atas Logo ini membawa pengertian lima prinsip Rukun Negara dan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Mesej yang dibawa menerusi simbol ini ialah seluruh rakyat mendukung dengan semangat kental serta luhur falsafah dan aspirasi Rukun Negara dengan mengamalkan dan menghayatinya.

2 Bentuk Titisan Air Terbalik
Di bawah bulatan pada Logo ini terdapat 2 bentuk titisan air terbalik digambarkan seperti orang membawa maksud bahawa rakyat negara ini sentiasa bersungguh-sungguh berganding bahu bagi membentuk satu Bangsa Malaysia yang bersatu padu.

Garisan Berwarna Merah
Dua garisan berwarna merah yang terdapat di kiri dan kanan Logo ini membawa pengertian bahawa seluruh rakyat Malaysia sedia menghadapi apa jua ancaman dan serangan dalam usaha membentuk perpaduan dan keharmonian sejagat yang akhirnya membentuk satu Bangsa Malaysia yang bersatu padu.

Segi Tiga Berwarna Kuning
Segi tiga berwarna kuning yang terdapat di bawah Logo ini membawa pengertian bahawa Rukun Negara merupakan panduan seluruh rakyat Malaysia dalam usaha membangunkan Malaysia dengan mengambil kira nilai-nilai murni yang diamalkan bersama.

Garisan merah di atas garisan putih
Barisan warga Rukun Tetangga (RT) yang gagah berani mempertahankan keamanan Negara daripada segala bentuk ancaman dengan rasa keikhlasan dan ketelusan yang tiada tolok bandingnya.

Keseluruhan Garisan Berwarna Biru
Keseluruhan garisan berwarna biru memberi maksud bahawa rakyat Malaysia menggunakan pelbagai cara yang difikirkan sesuai mengikut nilai-nilai murni yang amalkan bersama bagi tujuan membentuk satu Bangsa Malaysia yang bersatu padu bagi menjamin pembangunan negara.

Wednesday 20 April 2011

SENARAI NAMA AHLI JAWATANKUASA KRT TAMAN KOTA MAS, KOTA TINGGI JOHOR SESI 2010 - 2011

  1. EN. MOHD KASSIM BIN ARIS  -  PENGERUSI
  2. EN. JOE RAMLEE BIN MUSA    -  N. PENGERUSI
  3. EN. SURIJAN BIN RUBANI        -  BENDAHARI
  4. EN. MOHD. RIZAL BIN ABDULLAH    -   PEN. SETIAUSAHA
  5. EN. MOHD RAWI BIN OSMAN   -   BIRO AGAMA
  6. EN. MOHD AZWAN BIN IBRAHIM  -  BIRO KESELAMATAN
  7. EN. MOHD AZMAN BIN MOHD ASHARI   - BIRO KEBAJIKAN & SOSIAL
  8. EN. HASSIM BIN WAHAB  -  BIRO SUKAN
  9. EN. MASRI BIN ISMAIL  -  BIRO EKONOMI
  10. EN. MOHD FUAD BIN YUSOFF   -   BIRO PENDIDIKAN
  11. EN. NIK RAIZUDDIN BIN NIK AB. RAHMAN   -  AJK
  12. EN. AZISYAN BIN ABD. RAHMAN   -  AJK
  13. EN. ADAM BIN ARSHAD  - AJK
  14. EN. HAWARI BIN HASSAN BASRI  -  AJK
  15. EN. AKASAH BIN NORDIN    -   AJK
  16. EN. AB. MALEK BIN BULAT  -  AJK
  17. EN. JAWAHAR NEHRU A/L SOCKALINGAM  -  AJK
  18. EN. CHOONG WOE SEONG   -  AJK
  19. PN. HARYATI BINTI ABU   -  KETUA JIRAN WANITA
  20. PN. RAHIMAH BINTI HASAN   -  SETIAUSAHA
  21. PN. SITI NORANI BINTI JUFRI  -  AJK
  22. PN. ANI BINTI NYAT   -  AJK
  23. PN. ROJANA BINTI ABD. RAHMAN   -   AJK
  24. PN. MAHALAKSMI A/P RAMALOO   -  AJK

Assalamualaikum, Salam Perpaduan dan Salam 1 Malaysia kepada semua penduduk Taman Kota Mas, Kota Tinggi, Johor Darul Takzim 


Pihak KRT Taman Kota Mas ingin mengucapkan "Selamat Datang"  ke Blog ini.

Semoga dengan adanya blog rasmi ini dapat mengeratkan silaturrahim dan perpaduan antara ahli dan penduduk Taman Kota Mas.


InsyaAllah segala aktiviti dan maklumat KRT TKM akan dimuatkan dalam blog ini. Justeru itu, pandangan dan buah fikiran tuan / puan akan dijadikan sebagai panduan untuk memantapkan lagi blog ini.


Sekian, terima kasih.


"PERPADUAN TERAS KEHARMONIAN"


Pn. Rahimah Hasan
Setiausaha KRT TKM